Tuesday, February 9, 2010

Rahsia Solat..bertuahnya jd org Islam ;)

hye ollz..cm biase la..xnk greet panjang2..sharing is caring yea...jom bace dulu artikel bawah nie:~
ini berkaitan SOLAT dan hikmahnya secara saintifik..

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.




Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.


Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;



"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".



Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.



Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.



Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).



Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.



Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal"

                 - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
erm...bertuah kan kita sebagai umat Isalm..memg betullah Islam itu indah dan syumul..semuanya dh lengkap..kita cume perlu patuh pada agama kita insyaAllah semuanya cantik dan sempurna...

sy tertarik degn artikel diatas sebb sebenarnya beberapa bulan lepas sy join ceramah yg dianjurkan oleh PERKIM di jln Ipoh..tajuknya memg cukup menarik perhatian sy n seorg lg rakan iaitu SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS. Penceramahnya pon memg hebat..rase bertuah sgt sebb bole degr direct dr mereka. 3 org saintis Universiti Malaya iaitu Prof.Fatimah Ibrahim, Prof Wan Abu Bakar Wan Abas n Mr.Ng Siew Cheok..mereka adalah jurutera perubatan yg mencipta alat2 perubatan dan menyahut cabaran mantan PM,utk buat satu kajian mengenai rahsia solat dr sudut sains kesihatan..n yg best,buku yg mereka hasilkan pon antara buku terlaris di pasaran..kami dpt buku 2 free je sebb dtg ceramah 2..beruntungnyer diri nie..;)
( tu x campur mkn free utk hari 2..hihi)

memg terpegun,seharian di ceramah tersebut x mengantuk pon...

uols tahu tak,..

 setiap pergerakan kita dlm solat ada fungsinya..Prof Fatimah kata, degn solat yang sempurna boleh mengubat penyakit jantung..n pelbagai penykit lain (ini memg dh terbukti secara klinikal tau..sebb kajian dorg dh dibuat..5thn baru siap tuu,hny kajian utk solat 4rakaat shj..)

ada juga peserta dlm ceramah 2 yang kongsi pengalaman mereka..salah seorg drpd mereka kata,dia penah terlibat dengan satu kemlgn dan effect pd kaki dia.. lame dia dptkn rwtn hospital tp x sembuh sepenuhnya,akhirnya dia pergi berubat secara tradisional dan apa yg disuruh kepadanya adalah bykkn duduk antara 2 sujud..n finally dlm beberapa bulan kaki dia dh sembuh sepenuhnya..hebat kan..

tahu x.....
bila kita sujud maka otak kita berada dlm tahap tertinggi iaitu mendpt isyarat gamma..isyarat gamma akn masuk dlm otak bila otak kita berada dlm tahap yg paling tenang...
perasan x..kalau kita ikut senam aerobik,biasa mesti strech bdn degn berdiri tegak..pas2 regangkan tangan,kaki,pinggang n last sekali kepala ditolak pandang ke arah kanan dan kiri..see..??
kan semua 2 mcm pergerakan solat..takbiratul ihram,rukuk,duduk dan akhir sekali salam..

pastu kalau x silap sy, Prof Fatimah ada kata,berdasarkan kajian yg dia buat degn bantuan alat2 yg berkaitan, bila kita lepas mkn,n then duduk tahyad akhir (ibu jari kaki kanan ditegakkak). maka akan terbakar kalori sebyk 3% (kalau x silap)
degn menegakkan kaki juga,ia berfungsi untuk memantulkan semula darah untuk naik dan beredar keseluruh badan..
apa yg sy dpt dari ceramah tersebut,sy kongsi pd keluarga n mak sy kate,arwah datuk sy dulu mesti pastikan anak2 dia untuk solat degn betul especially ibu jari kaki ditegakkn  dan kaki kiri menyentuk kaki kanan...
memg betolla,arwah datuk sy meninggl di Usia 70-an dan dia adalah seorg perokok tegar tp yg sy kagum dia xde penyakit jantung,kencing manis atau darah tinggi sepanjang hayat dia..

BERUNTUNGNYA KITA SEBAGAI UMAT ISLAM KAN..?

so pasni solat mestila degn khusyuk n teratur( jgn nk cepat siap jea)
pastikan juga posisi n lain2 pergerakan kita dlm solat 2 betul..

banyak lagi sebenarnya..xbole nk cite kat sini..nnt korg x fhm..hihi..kalau nk tahu lagi RAHSIA SOLAT nie,beli buku nie...ader juga ditunjukkn cara solat yg betul (yelah,kdg2 wlupon dh dewasa nie tp kita still tgk org rukuk xsampai 90 darjah n duduk tahyad tp jari kaki tidak ditegakkan kan..?)

same2 kite perbaiki yea :)



 

Luv,
Nurul =)

No comments:

Post a Comment